Sebuah bas yang membawa rombongan 30 pendaki gunung tersesat ke kawasan perkuburan gara-gara mengikut navigasi aplikasi pemetaan Google Maps.
Kejadian berlaku di Wonosobo, wilayah Jawa Tengah di mana pemandu bas membawa rombongan pendaki ke Gunung Sumbing tetapi sesat di kawasan kubur.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Wonosobo, Aipda Nanang DP Wibowo mengesahkan kejadian itu.
“Ya, benar ada bas yang tersesat di kawasan pertanian berhampiran tanah perkuburan. Kejadian berlaku di Kampung Kwadungan, Kalikajar,” ujarnya.
Catat Ulasan