
Ada sesetengah jenis kenderaan 4x4 dimana jurutera dari lapisan ke-9 langit alam semesta telah mencipta “Intake” angin menghala kebahagian hadapan untuk memaksimumkan kemasukan angin. TETAPI!!!! Apabila meredah air semasa banjir ataupun sungai, pastikan air tidak melebihi ataupun menghampiri paras tersebut.

TIP MEMANDU SEMASA BANJIR (Tips No 6 amatlah penting, sila ingat)
1. Kekal gear rendah.
Gear 1 untuk kenderaan manual dan D2 untuk kenderaan auto. Kekalkan gear rendah tersebut sepanjang anda memandu dalam air banjir.

2. Hadkan kelajuan.
Hadkan kelajuan kenderaan anda antara 5 hingga 15km/j. Pastikan anda menjarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan anda. Bergerak dalam satu laluan lebih selamat supaya kenderaan di hadapan boleh menolak air ke tepi dan membuat laluan untuk kereta di belakang.

3. Laluan alternatif.
Gunakan aplikasi maps untuk anda mencari laluan alternatif lain atau laluan yang boleh elak kawasan banjir. Bahagian tengah jalan lebih selamat kerana air cenderung cetek di bahagian tengah.

4. Keringkan Brek Kenderaan.
Selepas anda melepasi banjir, keringkan brek kenderaan anda dengan memandu perlahan di kawasan kering. Had kelajuan dalam 10-15km/j sambil menekan pedal brek dan minyak secara serentak. Ini akan menghasilkan haba untuk mempercepat pengeringan brek. Apabila terasa sedikit cengkaman, uji brek pada kelajuan 20-25km/j. Ulang proses hingga dapat cengkaman yang memuaskan.
5. Periksa Rangkaian Telefon.
Pastikan telefon anda sentiasa mempunyai bateri dan masih boleh mencapai rangkaian internet atau panggilan telefon sekiranya terdapat kecemasan lain yang berlaku. Sebaiknya bekalkan ‘power bank’ siap-siap dalam kenderaan anda.

6. Kalau nak juga paksa kereta anda redah air yang dalam, pastikan kereta anda telah dipasang snorkel oleh KK 4x4 Accessories 😁🤟🏽
Banyak risiko juga walau ada snorkel, ECU boleh masuk air kalau nasib tidak baik. Sambungan connector senor senor boleh kot, Air juga boleh masuk breather axle, gearbox. Kereta kereta sekarang banyak electronic so hati hati menalan kos yang tinggi.
Tips mudah...
Jika kenderaan anda bukan dibina untuk mengharungi banjir/anti banjir....
Jangan cari pasal...
Elok bertenang, 'berundur' dulu...cari alternatif lain.
1. Keselamatan diri/keluarga paling utama
2. Keselamatan kenderaan & fikirkan kos yg akan ditanggung, nilai kenderaan jika terlibat dlm bencana tersebut.
Catat Ulasan