206 Pelarian Rohingya Tiba Di Aceh


 

Lebih 260 pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak tiba di wilayah paling timur Indonesia, Aceh selepas berhari-hari  terapung di tengah laut, kata seorang pegawai hari ini.

Etnik Rohingya yang konon kononnya ditindas di Myanmar dengan beribu-ribu orang menyabung nyawa setiap tahun untuk mengharungi perjalanan berbahaya di tengah laut menuju ke Malaysia atau Indonesia.

Pegawai Aceh Timur dikenali sebagai Iskandar berkata, kumpulan pelarian itu adalah yang terbaharu tiba di sebuah pantai dekat  bandar Pereulak Barat, rantau berkenaan  malam semalam, sekitar pukul 10.25 malam(waktu tempatan).

“Mereka seramai 264 orang iaitu 117 lelaki dan 147 wanita,” katanya  sambil menambah, kumpulan itu termasuk 30 kanak-kanak.

Menurutnya, kumpulan pelarian itu pada awalnya menaiki dua bot tetapi sebuah bot tenggelam di tengah laut, manakala bot kedua berupaya bergerak ke pantai.

“Mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak diterima di Malaysia,” kata Iskandar.

Beliau berkata, kerajaan tempatan belum memutuskan di mana kumpulan pelarian itu akan ditempatkan.

Pada November 2024, lebih 100 pelarian Rohingya diselamatkan selepas bot mereka karam di perairan Aceh Timur.

0/komen