
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menunjukkan aksi selambanya apabila dengan mudah menangkap kepala ular tedung menggunakan tangan tanpa sebarang alatan, dalam satu operasi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Kejadian itu berlaku pada April tahun lalu.
Berdasarkan video ini, kelihatan seekor ular tedung keluar dari saliran air dan lelaki itu bersama seorang lagi anggota APM segera menariknya keluar dari tempat berkenaan.
Rakannya membantu dengan memegang ekor ular tedung itu, manakala anggota tersebut cuba mengawal reptilia berkenaan di bahagian depan.
Selepas ular tersebut berjaya dikeluarkan sepenuhnya, ia cuba menyerang anggota APM terbabit, namun dengan tenang dia segera menangkap kepala ular menggunakan tangan.
Pada video itu juga, terdengar sorakan gembira penuntut IKBN tersebut, malah aksi lelaki itu turut mendapat pujian daripada pengguna media sosial.
Power abang ni, abang ni tak kosong.Power, tangkap kepala macam itu saja.
Catat Ulasan