![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiB3ETnV5MtYmzCU7kDF2tICJ9JaplxksJivw9y44rIdTMoRyAJjq6LOjDpHrib_TgljSRDaLNGXSRtWGjqPu4XQ4Zm-J9Nay_z_w2c_0r4bYZ6tidUJXbohOEHqacIo7D1HCMr25QWzunBSuSLwYys80E4eHz7-1aJPK3OQ6HDlpm-hbspg95rIISBEm4/w640-h360/1.png)
Apple telah memperkenalkan kemaskini kepada komputer semua dalam satu mereka, iMac, dimana kini ia hadir dengan cip Apple terbaru, Apple M4. Ini sekaligus membuatkan iMac terbaru berkali ganda lebih pantas berbanding generasi sebelum ini, dan pada masa yang sama, turut memfokuskan kepada integrasi Apple Intelligence – iaitu ciri kecerdasan buatan janaan oleh Apple.
iMac baharu ini hadir dengan skrin 24-inci dengan paparan 4.5 Retina, dilengkapi dengan kamera 12-megapixel Centre Stage dalam memudahkan panggilan video, serta sehingga empat sambungan Thunderpolt 4 melaluinya. Ia juga mengekalkan pilihan sejumlah warna, membolehkan pengguna memilihnya berdasarkan citarasa masing-masing.
iMac baharu juga tuurt hadir dengan pilihan panel paparan dengan lapisan nano, sekaligus mengurangkan pantulan dan silau pada skrin ketika menggunakannya – terutamanya jika digunakan di kawasan dengan kadar pencahayaan yang tinggi. Melengkapkan komputer ini adalah sistem operasi macOS Sequoia yang terbaru.
Apple menawarkan iMac dengan pilihan cip M4 8-teras dan memori 16GB RAM pada harga bermula RM5799, pilihan cip M4 10-tears dengan memori 16GB RAM pada harga bermula RM6699.
Catat Ulasan