Apple Pencil Pro Turut Menerima Potongan Harga


Apple Pencil Pro adalah stilus baharu yang diperkenalkan Apple untuk digunakan bersama iPad Pro, iPad Air dan juga iPad Mini. Stilus ini kini menyokong tekanan pada tubuh, boleh mengesan putaran menerusi ciri Barrel Roll dan mempunyai sistem getaran haptik. Terbaru, dengan potongan harga iPad – Apple Pencil Pro turut menerima diskaun tersendiri.

Ketika dilancarkan ia dijual pada harga RM599 dan kini ia boleh di beli pada harga RM549. Stilus ini turut boleh bergetar ketika penggunaan untuk memberi ilusi seakan menggunakan pensel sebenar di atas kertas. Jika risau ia akan hilang, sokongan carian melalui Find My turut disokong. Pengecasan Apple Pencil Pro kekal melalui magnet di sisi iPad.

komen