
Apple dilihat telah turut membawa masuk dua lagi produk baharu untuk pengguna tempatan – iaitu Apple Watch Series 10, dan juga fon telinga nirwayar mereka, AirPods 4.
Apple Watch Series 10 hadir dalam pilihan saiz 42mm dan juga 46mm, dimana kini ia menawarkan rekaan skrin lebih besar berbanding sebelumnya, lebih nipis dan ringan, serta dikuasakan dengan cip Apple S10 yang baharu. Salah satu ciri kesihatan baharu yang disertakan adalah kebolehan mengenal-pasti tidur apnea melaluinya. Apple Watch Series 10 ditawarkan pada harga bermula RM1799.
Sementara untuk AirPods 4 pula, versi biasa ditawarkan pada harga bermula RM599, dan versi dengan sokongan pembatalan hinggar aktif ditawarkan pada harga RM829.

Pembelian kedua-dua produk ini boleh di buat melalui Apple Online Store.
Catat Ulasan