
ASUS tidak ketinggalan dengan memperlihatkan rekaan ROG Phone 9 dengan cip Snapdragon 8 Elite. Ini menjadikan siri ROG Phone 9 peranti gaming pertama dengan cip paling berkuasa di pasaran semasa.
ASUS ROG Phone 9
ROG Phone 9 mengekalkan rekaan bonggol kamera yang sama seperti ROG Phone 8. Perbezaan terletak pada sistem lampu LED yang kini lebih kecil dan dalam panel berbentuk empat segi sahaja. Sokongan dua port pengecasan USB juga masih dikekalkan. Menurut ASUS, ROG Phone 9 tahun ini dapat menjalankan permua seperti Genshin Impact dengan penjimatan kuasa sehingga 30%.
Sistem AI dapat digunakan dengan pemain boleh mengawal watak sandaran dengan hanya menggunakan arahan suara. Dengan ini jari tidak akan dilepaskan daripada mengawal watak utama dan memanfaatkan kemampuan memahami arahan seperti pembantu maya peranti.

ASUS ROG Phone 8
Catat Ulasan