
Kesesakan ketika beratur membeli nombor ekor menjadi punca pergaduhan melibatkan lima individu di sebuah kedai nombor ramalan di Taman Klang Utama di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang melibatkan empat lelaki dan seorang wanita itu kira-kira pukul 5.47 petang.
Katanya, semua yang terlibat dalam pergaduhan terbabit akan dipanggil polis bagi membantu siasatan.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan kekal tenang dan tidak membuat komen negatif yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya.
Catat Ulasan