
Ramai pengguna Google Chrome di luar sana gemar membuka banyak tab serentak. Tanpa disedari kadangkala boleh mencapai sehingga 30 ke 50 tab terbuka. Jika anda adalah pengguna seperti itu, kemas kini baharu Google Chrome ini untuk anda kerana Google menawarkan ciri Performance Detection untuk kawalan prestasi yang lebih baik.

Performance Detection akan mengesan tab terbuka mana yang menggunakan kuasa tinggi dan akan mengeluarkan notifikasi untuk pengguna baiki dengan hanya satu klik. Selepas diklik, Google menjamin prestasi akan menjadi lebih lancar.

Chrome baharu ini turut hadir dengan Memory Saver dengan pilihan mod Moderate, Balanced dan Maximum untuk pengurusan memori pada tab terbuka. Ciri ini akan memfokuskan penggunaan memori kepada tab terbuka yang aktif, sementara aktiviti pada tab lain dihentikan seketika.
Google turut memberi kebebasan kepada pengguna sama ada ingin mengaktifkan ciri-ciri ini ataupun tidak. Untuk pengguna berpengalaman, Google turut memberi kawalan tambahan seperti menyenaraikan laman web spesifik yang patut kekal aktif dan tidak akan terjejas dengan ciri kawalan prestasi ini. Kemas kini ini sudah diedarkan kepada pengguna secara berperingkat.
Catat Ulasan