
Seorang model kacak Itali diserang seekor sotong gurita semasa berenang di Kepulauan Seychelles.
Federico Cola yang sedang bercuti ketika kejadian, berkongsi rakaman video dia diserang haiwan lapan belalai itu.
Dalam klip video ini, Cola dilihat sedang mandi di Lautan Hindi apabila seekor gurita muncul dan menyerang model itu.
Cola terkejut dan terjatuh selepas haiwan itu merentap kakinya.
Cola dilihat mengangkat hidupan laut itu dan membiarkannya bergerak pada badannya. Dia juga membawa gurita itu ke pantai untuk ditunjukkan di hadapan lensa kamera.
Dia kemudian membebaskan sotong itu ke habitat semula jadinya.
Catat Ulasan