
Fujifilm dilihat berkongsi harga jualan rasmi untuk kamera nircermin baharu X-M5 di Malaysia. Ia boleh didapati bermula RM3,948 untuk tubuh sahaja. Kemudian meningkat kepada RM4,398 bersama kanta XC15-45mm Kit.
Kamera ini menggunakan sensor 26.1MP BSI CMOS X-Trans dengan padanan pemproses pengimejan X-Processor 5. Ini membolehkan kamera merakam pada resolusi maksimum 6.2K/30P 4:2:2 10-bit. Selain itu mempunyai sistem autofokus dengan pengesanan subjek berasaskan AI yang memudahkan tangkapan subjek bergerak pantas.

Kamera juga hadir dengan 20 mod simulasi filem yang boleh ditukar dengan mudah menggunakan tombol berputar disedia. Padanan yang baik diteruskan lagi melalui tiga mikrofon terbina dan sebuah panel LCD bersaiz 3″ dengan 1.04 juta titik yang boleh digerakkan ikut keperluan pengguna.
Catat Ulasan