
Japandi, sebuah konsep reka bentuk dari dua negara iaitu Jepun dan Scandivia. Seperti namanya, ia mempunyai ciri tersendiri dengan tumpuan terhadap beberapa gaya berbeza termasuk moden dan klasik. Seterusnya mampu menghasilkan gaya rumah yang minimalis serta estetik.

Perlu diketahui bahawa konsep ini turut digunakan pada beberapa produk Toshiba termasuk Japandi Multi-Door Fridge yang dilancarkan di Malaysia pada hari ini. Peti sejuk dengan sentuhan Japandi Style ini mempunyai dua pintu yang juga dilengkapi ruangan besar untuk menyimpan pelbagai makanan.

Ia juga dilengkapi dengan OriginFresh yang menawarkan teknologi pengawetan bahan mentah basah seperti daging dan ikan supaya tahan lama. Selain itu mempunyai teknologi -1°C Pro Aging yang boleh memastikan bahan-bahan dapat disimpan pada suhu yang ideal bagi menjaga teksturnya.
Dengan teknologi -3°C Soft Freeze pula membolehkan kualiti bahan dan makanan dalam keadaan sederhana beku dikekalkan sebaiknya. Kemudian fungsi Deep Freeze boleh membekukan makanan dengan kadar segera iaitu pada -30°C bagi memastikannya sentiasa segar.

Teknologi HydroFresh memboleh memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibeli kekal segar serta berkhasiat. Sistem PureAir pula mampu menghapuskan 99% bakteria untuk pelindungan berkualiti sepanjang hari. Akhir sekali turut dipasarkan mampu membuat ais dalam masa satu jam sahaja.
Harga jualan rasmi bermula RM12,429 untuk model 585L Multi-Door GR-RF695WI-PGY (67) dan model 580L Multi-Door GR-RF695WI-PGY (67) pula berharga RM12,859.
Catat Ulasan