
SAIC Motor Malaysia, pemilik jenama MG telah membuka tempahan untuk model terbaharu mereka, iaitu MG Cyberster yang diklasifikasikan sebagai kereta elektrik berprestasi tinggi.
MG Cyberster diletakkan sebagai kereta elektrik berprestasi tinggi dengan kuasa yang boleh dijana sebanyak 503PS dan tork maksimum 725 Nm yang dihasilkan dari dua motor pacuan depan dan belakang serta memberikan pecutan 0-100km/j dalam masa 3.2 saat. Ia dilengkapi bateri berkapasiti 77 kWh memberikan jarak perjalanan 446 WLTP, dengan pengecasan 7kW AC memberikan masa pengecasan 10-100% dalam masa 10.5 jam, dan pengecasan pantas 150 kW DC membolehkan pengecasan 10-80% dalam masa 38 minit.
Menambahkan gaya yang mencirikan prestasi tinggi, MG Cyberster hanya dilengkapi dua tempat duduk dengan kemasan Alcantara serta stereng yang dibalut kulit Nappa, paparan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan kluster pemandu 10.25 inci, 8 pembesar suara Bose, pintu bergaya dengan cermin nirbingkai serta rekaan bumbung yang boleh dibuka.

Harga MG Cyberster akan dijual dibawah harga RM 350,000.
Catat Ulasan