
Pihak Polis DiRaja Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad untuk membongkar sebuah operasi melombong kriptowang baru-baru ini yang turut disyaki mencuri bekalan elektrik untuk melakukan aktiviti tersebut.
Operasi melombong tersebut dilakukan di lima buah unit kedai di beberapa lokasi di Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi and Putra Perdana, Selangor dan dianggarkan bermula sejak empat bulan yang lalu. Tiga individu yang berumur diantara 30 ke 45 tahun juga ditangkap untuk tujuan siasatan berkenaan kes ini.
Diantara kelengkapan yang disita ialah komputer-komputer melombong kriptowang yang dianggarkan bernilai RM121,800, kelengkapan elektronik yang lain dan dua buah kenderaan.
Seperti yang dikatakan, kumpulan ini menggunakan bekalan elektrik yang dicuri, dan ia dianggarkan jumlah elektrik yang dicuri untuk tujuan pelombongan ini adalah bernilai sekitar RM384,806.
Kes ini sedang disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan yang menyebabkan kerugian dan kerosakan.
Catat Ulasan