Orang Kelainan Upaya (Oku) Kategori Mental Dibelasah Orang Ramai


Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental  dibelasah orang ramai di sebuah pasar tani .

Kejadian berlaku di Kemaman, Terengganu di mana lelaki terbabit dikatakan dibelasah selepas terlanggar sebuah gerai menjual makanan di pasar tani tersebut.

Susulan kejadian itu, peniaga berkenaan turut dirakam meminta ganti rugi sebanyak RM10,000 ke atas lelaki terbabit kerana sudah merosakkan jualannya.


Tak logik ganti rugi RM10,000. Kalau marah sangat pun tak perlu pukul begitu.

Allah menghantar orang OKU untuk menguji kesabaran kamu, tapi sayang kesabaran kamu senipis bawang.

Berikutan kejadian berkenaan tiga lelaki termasuk seorang peniaga ditahan polis bagi membantu siasatan kes membelasah seorang lelaki OKU kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai semalam.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan antara 18 hingga 60 tahun ditahan pada pukul 8 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, mereka ditahan sewaktu memberi keterangan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
 

0/komen