
Seorang lelaki di India mengundang perhatian ramai selepas menangkap seekor harimau bintang liar dengan cara memegang ekornya.
Kejadian berlaku di daerah Tumakuru dalam negeri Karnataka.
Menerusi video ini memaparkan sekumpulan penduduk tempatan dan pegawai hutan cuba menangkap harimau bintang itu.
Lelaki dikenali sebagai Anand menghampiri haiwan tersebut dari belakang sebelum menangkap ekornya menggunakan tangan kosong.
Situasi menjadi tegang apabila Anand terpaksa memegang ekor haiwan itu sehingga ia dimasukkan ke dalam jaring dan diikat pada pokok menggunakan tali.
“Harimau bintang itu berkeliaran di kawasan kampung selama beberapa hari, sekali gus mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk."
“Pelbagai usaha telah dilaksanakan, namun ia masih gagal ditangkap."
“Haiwan itu dilepaskan semula ke dalam hutan semalam,” kata seorang pegawai.
Catat Ulasan