
Dalam kehidupan ini, ada masanya kita merasa risau dan bimbang tentang rezeki. Adakalanya, usaha keras kita seolah-olah tidak membuahkan hasil. Namun, Allah telah berjanji dalam surah Hud ayat 6:
"Tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi ini melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya."
Setiap langkah makhluk Allah di bumi ini telah diatur, dan rezeki mereka tidak akan terlepas walaupun sedikit. Ia bukan semata-mata tentang harta, tetapi juga nikmat seperti kesihatan, ketenangan hati, dan kasih sayang. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Tirmidzi:
"Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, niscaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung, yang pergi pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali di petang hari dalam keadaan kenyang."

Inilah janji Allah dan Rasul-Nya—bahawa tawakkal yang sebenar-benarnya mampu mendatangkan rezeki dengan cara yang tidak kita sangka.
Ketika hati gelisah dan fikiran terbeban, marilah kita berdoa kepada Allah agar diberikan rezeki yang berkat dan ketenangan jiwa:

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan limpahan kurnia-Mu sehingga aku tidak bergantung kepada selain-Mu."
Semoga kita sentiasa yakin bahawa rezeki Allah tidak pernah terlambat. Teruslah berusaha dan bertawakkal kerana rezeki akan tiba tepat pada waktunya. MasyaAllah, betapa indah aturan Allah bagi setiap makhluk-Nya.
Catat Ulasan