
China ingin menjadi kuasa besar dunia dan antara yang perlu dilakukan ialah kekuatan ekonomi, infrastruktur, teknologi dan ketenteraan yang lebih baik berbanding Amerika Syarikat. Oktober tahun lepas syarikat Space Transportation (juga dikenali sebagai Lingkong Tianxing Technology) yang berpangkalan di Beijing mengumumkan kejayaan pesawat prototaip supersonik mereka yang kelak akan terbang pada kelajuan Mach 4 (4939 km/j).
Sekiranya pesawat ini menjadi kenyataan, ia akan terbang dua kali lebih pantas berbanding Concorde (Mach 2.04) dan lebih pantas berbanding pesawat perisik SR-71 Blackbird (Mach 3.5). Pesawat penumpang supersonik yang diberi nama Yunxing ini disasarkan akan melakukan penerbangan skala sebenar pertama menjelang 2027. Space Transportation kini telah melakukan ujian enjin pesawat pada bulan November.

Gambar pengolokan yang dikongsi menunjukkan rekaan Yunxing yang mirip dengan SR-71. Dengan dua enjin di bahagian sayap dan juga tubuh serba hitam. Tiada maklumat lanjut mengenai jumlah penumpang yang boleh dibawa atau jarak penerbangan. Dengan kelajuan Mach 4, perjalanan dari Beijing ke New York boleh dilakukan dalam masa hanya dua jam berbanding hampir 16 jam sekarang.
Catat Ulasan