Rezeki Melalui Tingkap


Tindakan seorang budak lelaki melintas jalan raya secara melulu mengakibatkan sebuah motosikal terbabas di Meru Raya, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Sebuah rakaman papan pemuka (dashcam) menunjukkan motosikal yang ditunggang seorang penghantar makanan sedang bergerak di celah-celah kenderaan sebelum budak lelaki itu secara tiba-tiba melintas jalan.

Pelanggaran tidak dapat dielakkan, menyebabkan penunggang motosikal terbabas ke belakang sebuah kereta, manakala budak lelaki tersebut tercampak ke sebelah sebuah van.


Yang menarik perhatian, plastik yang dipegang oleh budak itu semasa melintas turut terpelanting dan secara kebetulan masuk ke dalam tingkap van berdekatan.

Apa lah amalan driver (pemandu) van tu, rezeki datang melalui tingkap.

Mesti penumpang van tu ingat, penjual mangga traffic light (lampu isyarat) bagi sedekah secara sembunyi.🤣🤣🤣🤣🤣


 

0/komen