
Di pasaran sekarang sudah wujud ratusan buku yang “ditulis” oleh kecerdasan buatan (AI) seperti. ChatGPT. Ini menyebabkan orang ramai merasakan diri ditipu apabila membeli buku yang bukan hasil nukilan minda manusia. Bagi memudahkan orang ramai melakukan pemilihan, Persatuan Penulis Amerika Syarikat (TAG) menerbitkan sijil khas untuk mengesahkan ketulenan buku yang ditulis manusia.
Buku tulisan manusia akan mempunyai logo atas. Senarai lengkap buku yang ditulis oleh manusia juga boleh diakses oleh orang ramai menerusi laman TAG. TAG mengumumkan penghasilan sijil ini Oktober tahun lalu selepas melihat lambakkan buku ditulis AI dijual menerusi Kindle dan laman Amazon.
Pada peringkat awal pengesahan ketulenan karya hanya akan diberikan kepada buku yang ditulis oleh ahli TAG secara perseorangan. Ia kemudian akan dibuka kepada buku yang dihasilkan lebih daripada satu penulis serta bukan ahli persatuan. Hanya buku ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Catat Ulasan