
Seorang wanita mengundang perhatian orang ramai selepas ‘menangkap’ seorang lelaki berstatus suami orang, berlaku curang dengan wanita lain semasa menaiki kereta api Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura.
Kejadian berlaku semasa dia berada di sebelah lelaki berkenaan di dalam sebuah gerabak MRT sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) dari stesen Laluan Thomson-East Coast.
Rakaman itu memaparkan perbualan antara lelaki itu bersama teman wanitanya.
“Saya rasa bersalah ketika saya melihat ubannya (isteri lelaki berkenaan),” demikian menurut mesej lelaki itu.
“Saya sudah berbincang tentang perasaan ini semasa kita baru memulakan hubungan ini tetapi awak memarahi saya dan mahu menyelesaikannya sendiri,” kata teman wanitanya.
Lebih mengejutkan, lelaki itu berlaku curang sambil memakai cincin perkahwinan pada jari manisnya.
Mereka rasa bersalah tetapi mahu meneruskan (hubungan gelap)!.
Buang sahaja cincin itu! Taknak tapi mahu!.
Catat Ulasan