Syiling Disimpan Sampai Lebih RM18,000


Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila duit syiling yang disimpan di dalam tong plastik hampir lapan tahun kini mencecah 70 juta rupiah (RM18,970).

Kejadian berlaku di Sukabumi, wilayah Jawa Barat pada Jumaat lalu. 

Lelaki bernama Sadikin mengeluarkan semua duit syiling daripada tong plastik bersama ahli keluarganya. 

Menurut Sadikin, syiling tersebut merupakan tabungan yang disimpan sejak akhir tahun 2016. 

Lebih mengejutkan, jumlah keseluruhan syiling tersebut mencecah 70 juta rupiah (RM18,970) lebih daripada cukup untuk membayar wang muka pembelian rumah. 

“Kami mengira syiling dari pukul 7 pagi hingga 5 petang (waktu tempatan)."

“Syiling ini akan ditukarkan di bank. Ia juga digunakan sebagai modal tambahan untuk bengkel saya,” tambahnya. 
 

komen