TCL 50 Pro NXTPAPER 5G Di Malaysia


TCL mengembangkan telefon pintarnya di Malaysia dengan model baharu TCL 50 Pro NXTPAPER 5G. Ia bukan sahaja dilengkapi teknologi NXTPAPER. Malahan mempunyai butang khusus di bahagian sisi yang boleh mengubahnya menjadi Ink Paper Mode.


TCL 50 Pro NXTPAPER 5G menggunakan panel NXTPAPER FHD+ 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan butang khusus dipanggil NXTPAPER Key di bahagian sisi yang boleh bertukar diantara tiga mod skrin berbeza bergantung pada kandungan yang ingin digunakan.


Antara mod-mod yang disediakan seperti Color Paper Mode yang menjadikannya pilihan menarik untuk pencinta komik, buku audio dan membaca dalam sebarang persekitaran. Ink Paper Mode pula boleh mengaktifkan skrin dengan kesan warna hitam putih atau monokrom. Sementara itu Max Ink Mode yang bukan sahaja boleh memaparkan skrin monokrom sepenuhnya yang menyamai paparan E-Ink malahan turut membisukan pemberitahuan untuk pengalaman membaca tanpa gangguan.


Tunjang utama dikuasai cip Mediatek Dimensity 6300, memori 8GB RAM dan storan dalaman 512GB yang juga menyokong ruang kad microSD. Kamera belakang pula terdiri dengan 108MP + 8MP ultra-lebar + 2MP makro dan swafoto sebesar 32MP. Bateri sebesar 5,150mAh boleh dicas semula melalui pengecasan pantas 33W dan port USB-C.



Color Paper Mode


Ink Paper Mode









Lain-lain spesifikasi termasuk eSIM, bluetooth 5.3, NFC, pengimbas cap jari sisi dan bicu audio 3.5mm. TCL 50 NXTPAPER Pro dijual pada harga RM1,199 dengan pilihan warna Moon Gray dan Alps White.

komen