Tidur Atas Wayar Elektrik


Seorang lelaki bersahaja tidur di atas wayar elektrik.Kejadian berlaku di daerah Manyam, negeri Andhra Pradesh pada Selasa lalu.

Menerusi video ini menunjukkan lelaki itu memanjat tiang elektrik dalam keadaan mabuk sebelum tidur di atas beberapa wayar menyebabkan dia ‘tergantung’ di udara. 

Meskipun dirayu untuk turun oleh penduduk tempatan, dia tidak mengendahkan permintaan mereka. 



Gara-gara takut terkena renjatan elektrik, orang ramai nekad mematikan bekalan elektrik di kawasan tersebut. Polis berkata siasatan sedang giat dijalankan.

komen