
Acer telah melancarkan komputer riba Swift Go 14 AI baharu di Malaysia. Ia merupakan komputer riba berkuasa dengan reka bentuk dan teknologi terkini untuk memenuhi keperluan semua peringkat pengguna. Ini termasuklah termasuk profesional, pencipta kandungan dan individu yang mencari sebuah komputer riba yang boleh dipercayai dan cekap untuk kegunaan harian.
Acer Swift Go 14 AI menggunakan skrin LCD (1920 x 1200 pixel) sebesar 14.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Qualcomm Snapdragon X Plusmemori 16GB LPDDR5x dan storan 512GB NVMe M.2 SSD. Acer Swift Go 14 AI juga mempunyai bateri litium-ion 65W yang boleh beroperasi sehingga 28 jam berterusan. Dengan berat 1.34-kilogram, Swift Go 14 AI direka untuk mudah alih, dan ia dilengkapi dengan Windows 11 Home yang diprapasang, memastikan keserasian dengan perisian terkini dan kemas kini keselamatan.

Pilihan I/O pula terdiri dengan dua port USB, dua port USB 3.2 Type-A dan bicu audio 3.5mm yang membolehkan sambungan ke pelbagai peranti dan peranti luar. Selain itu menyokong Wi-Fi 7 untuk rangkaian yang berkelajuan tinggi. Harga jualan rasmi adalah RM3,999 dengan hadiah bernilai RM305 diberikan percuma untuk tempoh masa terhad.
Catat Ulasan