
Casio melancarkan lima koleksi jam tangan baharu sempena ulang tahun ke-50 pembuatan jam tangan mereka. Pengenalan tersebut menggambarkan visi pembangunan Casio untuk menjadi sebuah jenama yang seimbang dari pelbagai aspek sekali gus sesuatu lebih bernilai untuk semua.
Koleksi baharu itu merangkumi model jam tangan dari jenama utama Casio, iaitu CASIOTRON, G-SHOCK, EDIFICE, PRO TREK dan BABY-G.

Setiap satunya berkongsi tema yang sama melalui gabungan warna hitam dan emas yang melambangkan cahaya dan kegelapan sering muncul dalam peristiwa penting, di samping komitmen Casio terhadap inovasi yang berterusan. Pelbagai elemen rekaan khusus turut digunakan bertujuan mengekspresikan penampilan secara keseluruhan, termasuk ukiran 50th-Anniversary unik sama ada di bahagian kerangka, tali atau muka jam bagi menggambarkan nilai peringatannya.
Masing-masing juga ada aura yang juga ciptaannya dilihat istimewa. Misalnya seperti ialah CASIOTRON TRN-50ZE yang menggabungkan rekaan model asal dengan ciri-ciri terkini seperti sambungan ke peranti pintar dan pengecasan solar. Model G-SHOCK GMC-B2100ZE pula menampilkan bezel oktagon yang bahan logamnya tahan hentakan. Model EDIFICE EFS-S640ZE menggunakan bahan komposit karbon gentian dalam reka bentuknya. Sementara itu PRW-6900ZE PRO TREK menampilkan jalur nilon komposit yang mesra alam. Akhir sekali BABY-G BGD-S565ZE menggunakan bahan resin berasaskan bio dan kebolehan untuk mengecas menggunakan tenaga solar.

Harga jualan rasmi bermula RM699 (BGD-S565ZE-1), RM1,499 (EFS-S640ZE-1A), RM2,999 9TRN-50ZE-1A), RM2,999 (PRW-6900ZE-1) dan RM3,845 (GMC-B2100ZE-1A). Ketersediaan bermula sekarang melalui laman web dan pengedar rasmi Casio Malaysia.
Catat Ulasan