Cip Kirin 9020 Turut Dilancarkan


Kirin 9020 ialah penambahbaikan kepada Kirin 9010 yang digunakan pada Pura70 awal tahun lepas. Ia menggunakan konfigurasi teras 2+6+4 dengan dua teras utama pada jelajuan 2.5GHz, enam teras pertengahan pada kelajuan 2.1Ghz dan empat teras kecil pada kelajuan 1.6GHz. Ini dipadankan pula dengan GPU Maleoon 920 dengan kelajuan 840MHz. Ini adalah peningkatan berbanding GPU Maleoon 910 dengan kelajuan 750MHz.

Masih tidak diketahui apakah teknologi yang digunakan tetapi besar kemungkinan masih lagi 7nm seperti Kirin 9010. Tiada spesifikasi lain diketahui sekadar CEO Perniagaan Pengguna Huawei mengatakan Kirin 9020 menawarkan peningkatan prestasi sehingga 40% berbanding cip generasi terdahulu.

 

komen