Disaman Tidak Guna Fon Telinga


Seorang lelaki dikenakan denda lebih €200 (RM921) kerana menggunakan fungsi pembesar suara pada telefon bimbitnya di stesen kereta api Nantes.

Lelaki dikenali sebagai David itu ‘ditangkap’ ketika berbual dengan kakaknya melalui pengaktifan fungsi pembesar suara telefon oleh seorang pegawai syarikat kereta api Perancis, SNCF. 

“Pegawai tersebut berkata, sekiranya saya tidak mematikan pembesar suara, saya akan didenda €150 (RM691)." 

“Saya menganggap pegawai tu hanya bergurau tetapi dia mengeluarkan buku saman dan menyaman saya,” tambah David. 

David mengupah seorang peguam untuk membantah saman  berjumlah €150 tersebut, namun ia dinaikkan kepada €200 kerana tidak dibayar dengan segera.
 

0/komen