Fire Mummies


Fire Mummies ialah mayat yang diawet melalui proses pengeringan dan pengasapan berperingkat, diamalkan oleh masyarakat Ibaloi, salah satu suku kaum pribumi di Filipina.

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝘄𝗲𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂?

𝙎𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙈𝙖𝙩𝙞: Proses bermula sebelum individu itu meninggal. Mereka akan diberikan diet khas dengan mengurangkan pengambilan cecair supaya badan kurang lembap dan mudah dikeringkan.

𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙩𝙞𝙖𝙣: Mayat akan diletakkan di dalam posisi duduk dan diasapkan perlahan-lahan menggunakan api kecil dari kayu khas.

𝙈𝙚𝙣𝙜𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝘾𝙚𝙘𝙖𝙞𝙧 𝘽𝙖𝙙𝙖𝙣: Asap membantu mengeringkan tubuh dari dalam. Pada masa yang sama, ramuan herba khas disapu ke badan untuk mempercepatkan proses pengawetan.

𝙋𝙚𝙣𝙮𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙂𝙪𝙖: Setelah cukup kering, mumia ini akan disimpan dalam gua-gua khas di kawasan pergunungan Benguet, khususnya di Kabayan, Filipina.

𝗞𝗲𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗿𝗲 𝗠𝘂𝗺𝗺𝗶𝗲𝘀

Banyak mumia ini masih mengekalkan ciri-ciri fizikal seperti jari, wajah, dan tatu badan, walaupun sudah beratus tahun berlalu dan ini berbeza dengan mumia Mesir. Tiada balutan kain atau bahan kimia digunakan. Semuanya dilakukan secara semula jadi melalui asap dan udara kering.

Fire Mummies ni dipercayai wujud sejak 1,000 hingga 1,500 tahun lalu, tetapi hanya beberapa ratus sahaja yang ditemui, menjadikannya peninggalan yang sangat bernilai.

Fire Mummies ini bukan sahaja sebahagian daripada sejarah Filipina tetapi juga antara proses pengawetan manusia yang paling jarang ditemui di dunia.

 

komen