
Google Fast Pair adalah kaedah tambatan aksesori pada sebuah telefon pintar Android. Banyak yang menggunakan Fast Pair sekarang seperti fon kepala, fon telinga, telefon pintar lain, jam tangan pintar, televisyen dan terbaru adalah kamera.
Fujifilm bekerjasama dengan Google untuk INSTAX MINI LINK 3 Google Pixel Collaboration Model. Ia adalah Instax Mini Link 3 yang dilancarkan semula dengan warna Rose Quartz yang sama dengan Pixel 9. Kamera ini turut menyokong Fast Pair untuk mudah ditambat pada peranti Pixel. Fujifilm turut menawarkan Instax Air Studio melalui aplikasi Instax Mini Link App untuk digunakan bersama.


Aplikasi ini boleh menghasilkan kolaj gambar, mengambil gambar dengan kesan realiti terimbuh (AR), ciri suntingan gambar dan banyak lagi. Kamera ini turut dilengkapi dengan sistem lampu LED berwarna pastel untuk indikasi cetakan dan status bateri. Kamera ini dilihat hanya dijual di Amerika Syarikat dengan harga USD$129.95 iaitu sekitar RM577.53. Di Malaysia, Instax Mini Link 3 dijual pada harga sekitar RM600 ke RM700.
Catat Ulasan