Huawei FreeBuds SE 3 Dilancarkan

Huawei melancarkan fon telinga nirwayar baharu melalui FreeBuds SE 3 untuk pasaran global. Tumpuan diberikan kepada rekaan serba baharu, jangka hayat bateri, sambungan lebih baik dan kalis air. Selain turut disahkan akan tiba di Malaysia.

Huawei FreeBuds SE 3 merupakan set fon telinga nirwayar dari jenis separa terbuka bertangkai. Kemasan menyerupai kulit digunakan pada pod pengecas dengan dua pilihan warna iaitu Beige dan Black. Selain itu mempunyai butang fizikal khusus di bahagian bawah untuk sambungan peranti yang lebih mudah.

Sepasang pemandu audio 10mm digunakan turut menyokong Call Noise Cancellation. Tambatan pantas pula boleh dilakukan menerusi sokongan Bluetooth 5.4, di samping kalis air IP54 yang sesuai digunakan ketika bersenam. Dengan sekali caj, setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 9 jam tetapi meningkat 42 jam dengan bantuan pod pengecas.



Harga jualan rasmi masih dirahsiakan setakat ini.

komen