
Kita diajar daripada kecil jika ingin membasuh kotoran degil, sabun adalah diperlukan. Maka propaganda Axion dan Kao Attack berjaya ditanam di dalam kepala selama berdekad lamanya. Tetapi penggunaan sabun meningkatkan pencemaran air. Di Jepun teknologi kepala paip Mirable Kitchen membolehkan pelbagai kotoran dicuci tanpa menggunakan sabun.
Kepala paip ini menghasilkan 16 juta buih mikro sebesar 3 mikrometer yang akan menanggalkan kotoran pada permukaan pinggan, mangkuk dan cawan tanpa menggunakan sabun. Pencipta teknologi ini Yasuaki Aoyama mendapat idea selepas melihat anak beliau yang alah kepada air apabila mandi.
Klorin dalam air menyebabkan tanda kemerah-merahan pada kulit. Oleh itu beliau melakukan kajian menggunakan gelombang ultrasonik yang menghasilkan jutaan buih kecil. Ianya cuku kecil untuk menanggalkan kotoran dan molekul klorin pada pora kulit manusia.
Pada awalnya teknologi ini hanya ditawarkan pada kelengkapan hospital tetapi kini akhirnya ditawarkan pada produk kepala sinki untuk kegunaan dapur domestik. Di Jepun kepala paip Mirable Kitchen ini dijual pada harga 86680 Yen (~RM263). Harga yang mahal untuk sekadar kepala paip tetapi menawarkan penjimatan daripada membeli sabun pencuci pinggan sepanjang hayat.
Catat Ulasan