Misteri Cahaya Oren Di Langit


Terdapat cahaya oren pelik di langit malam di utara Manchester, Britain tetapi tiada siapa pasti dari mana asalnya.

Gambar  menunjukkan lajur cahaya yang menghasilkan kesan hampir seperti fenomena ‘halo’  di langit.

Imej cahaya itu  merujuk kawasan di utara Manchester dekat Winter Hill. 

Cahaya itu kelihatan hampir setiap malam dan menjadikan langit berwarna oren.

Pelbagai  teori tentang punca yang menyebabkan langit menjadi oren.

Ada yang mendakwa ia mungkin berasal dari Stadium Komuniti Toughsheet di Horwich, Bolton.

Terdapat juga dakwaan bahawa cahaya aneh itu boleh dilihat dari Jambatan Barton yang terletak jauh dari tempat kejadian. 


 

0/komen