Pantai Bertukar Ungu


Sebuah pantai popular di Lancashire, England bertukar warna ungu dan biru termasuk pasirnya.

Beberapa agensi pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada pengunjung yang ingin beriadah di tepi laut tentang kejadian itu.

Majlis Perbandaran Lancaster memberitahu: “Kami menyedari apa yang kelihatan seperti tumpahan minyak di pantai Half Moon Bay, Heysham dan sedang bekerjasama dengan agensi lain untuk menyiasat serta menangani kejadian ini."

“Tolong jauhi kawasan ini semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan.”

Majlis perbandaran dan Polis Lancaster berkata, siasatan terhadap ‘insiden pencemaran’ itu sedang dilakukan.


0/komen