REDMI Melancarkan Watch 5

REDMI@redmi  telah melancarkan Watch 5 yang menjadi jam tangan pintar asas baharu dengan reka bentuk elegan bersama fungsi yang praktikal. Seterusnya memberikan pengguna jejak data harian sambil tidak mengabaikan cara hidup sesuai dengan unsur moden. REDMI Watch 5 masih mengekalkan kerangka berbentuk segi empat bersama butang fizikal khusus di bahagian sisi serupa dengan model sebelum ini.

Melaluinya juga skrin AMOLED 2.07″ dengan kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 1500nits digunakan. Selain turut menawarkan lebih 200 muka jam termasuk Floating Portrait Mode baharu yang membolehkan gambar potret beranimasi untuk mencipta antarmuka lebih dinamik. Model ini juga mempunyai motor linear dengan lebih 20 mod getaran untuk maklum balas haptik lebih baik. Di samping panggilan berasaskan eSIM, Bluetooth dan interkom dwi-mod yang menjadikan ia sesuai untuk komunikasi secara berkumpulan semasa aktiviti luar. Mod walkie-talkie Bluetooth pula boleh beroperasi dengan jarak sehingga 200-meter dalam kawasan terbuka, manakala interkom eSIM menawarkan sehingga 25 jam penggunaan secara berterusan.




HyperOS 2.0 disertakan pula menyokong pelbagai ciri pintar seperti NFC Car Key Support, Instant Notifications, Smart Device Control, Third-Party App Support termasuk Baidu Maps dan GNSS Support. REDMI Watch 5 turut menyokong lebih 150 mod sukan terbina dengan algoritma bersama cip AFE yang dibangunkan REDMI untuk pemantauan data lebih tepat. Padanan dengan Xiaomi Sports Health app disarankan untuk kawalan lebih pelbagai. Dengan sekali caj, jam tangan ini boleh beroperasi sehingga sehingga 24 hari dengan penggunaan biasa, dan versi eSIM boleh bertahan 12 hari. Harga jualan rasmi bermula RMB 599 (~RM367) (standard) dan RMB799 (~RM489) (eSIM).

komen