
Siri Infinix Note 40 telah dilancarkan di Malaysia dengan tiga pilihan variasi iaitu Note 40 Pro 5G, Note 40 5G dan Note 40X 5G. Kesemuanya menawarkan pakej ciri dan fungsi menarik untuk kegunaan pengguna tertentu. Selain itu memberi perhatian kepada tawaran peranti mampu milik di pasaran.
Untuk makluman semua peranti kini boleh dibeli denga harga lebih murah bermula RM799 untuk Note 40X 5G (12/256GB) berbanding harga asalnya RM849. Sementara itu Note 40 Pro 5G (12/256GB) boleh dimiliki pada RM999 (harga asal RM1,098) dan Note 40 5G (12/512GB) bernilai RM1,199 (harga asal RM1299). Ketersediaan adalah bermula sekarang melalui kesemua pengedar sah Infinix Malaysia sementara stok masih ada.

Infinix Note 40 Pro 5G menampilkan skrin AMOLED 6.78-inci FHD+ berkadar segar semula 120Hz. Ia turut dijana cip MediaTek Dimensity 7020 dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB. Tetapan kamera pula terdiri dengan 108MP (OIS) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) untuk utama dan swafoto sebesar 32MP. Bateri 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 45W dan nirwayar 20W juga digunakan sebagai pelengkap.
Infinix Note 40 5G menggabungkan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Dimensity 7020 bersama perisian terkini XOS 14 berasaskan Android 14 untuk tunjang utama. Diikuti juga bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W, kamera utama 108MP + 2MP + 2MP dan swafoto sebesar 32MP sebagai pelengkap.

Infinix Note 40X 5G menggunakan skrin 6.78″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 6300, memori 12GB RAM dan storan 256GB. Bateri 5000mAh menyokong pengecasan 18W dan port USB-C. Terdapat juga dwi-kamera 108MP utama + 2MP untuk makro dan swafoto 32MP disertakan. Diikuti dengan ciri lain seperti pengimbas cap jari sisi, pembesar suara stereo, NFC dan menjalankan XOS 14 berasaskan Android 14.
Catat Ulasan