Sistem Hebahan Awal Banjir Melalui SMS


Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dalam mewujudkan sistem hebahan amaran awal banjir melalui sokongan SMS. Dengan langkah ini, penduduk di sesuatu kawasan yang diramal berisiko banjir akan menerima makluman awal, sekaligus membolehkan penduduk mengambil langkah berjaga-jaga atau berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

NADMA mengatakan antara syarikat telekomunikasi yang bekerjasama adalah termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM, YTL, Time, DNB, XOX, Tune Talk, redOne, BeONE, dan Valyou. Kesemua syarikat telekomunikasi ini akan menanggung kos hebahan SMS ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial masing-masing.

Dibawah kerjasama ini, syarikat telekomunikasi akan menerima notis awal dari Pusat Kawalan Bencana Negara yang beroperasi 24 setiap hari. Seterusnya, hebahan SMS akan dilakukan secara bersasar kepada penduduk di kawasan yang berhadapan dengan risiko banjir.

NADMA turut menyatakan kerjasama hebahan banjir ini akan diteruskan sepanjang tahun, dan tidak terhad ketika Monsun Timur Laur sahaja. Selain SMS, pengguna turut boleh menyemak siuasi bencana melalui Portal Bencana NADMA.
 

komen