Vivo X200 dan X200 Pro Di Malaysia


Tiga telefon di bawah siri vivo X200 telah dilancarkan di China. Tiga model ini adalah vivo X200, vivo X200 Pro dan juga vivo X200 Mini yang mana hanya dua model dibawa masuk ke Malaysia bermula. Setiap model yang dibawa masuk setakat ini terhad dengan satu variasi sahaja.


vivo X200 Pro

Skrin peranti ini menggunakan panel LTPO OLED melengkung bersaiz 6.78-inci 1.5K (2800 x 1260), menyokong kadar segar semula 1Hz-120Hz, kecerahan mencapai 4500 nits dan juga paparan HDR10+. Ia dijana dengan cip Dimensity 9400 yang dipadankan dengan memori 16GB RAM LPDDR5X Ultra Pro + 16GB RAM maya, storan dalaman 512GB UFS 4.0 dan menjalankan Funtouch OS 15 berasaskan Android 15.

 
Vivo X200 Pro menggunakan sensor 50MP + 50MP + 200MP yang dikuasakan oleh cip pengimejan vivo V3+. Sistem lensa adalah ZEISS T* jenis anti-reflektif dan untuk kamera swafoto pula sensor 32MP digunakan. vivo X200 Pro turut kekal menawarkan pelbagai pilihan mod potret Zeiss dan kebolehan rakaman video profesional.


Bateri peranti adalah jenis BlueVort berkapasiti 6,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar Flash Charge 90W dan nirwayar 30W. Peranti turut dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari jenis ultrasonik, perlindungan air dan debu IP68/IP69 serta sistem panggilan kecemasan SOS berasaskan Bluetooth dengan jarak 4km, tetapi ia tidak disokong di Malaysia buat masa ini.

vivo X200

Skrin peranti ini menggunakan panel OLED melengkung bersaiz 6.67-inci 1.5K (2800 x 1260), menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan mencapai 4500 nits dan juga paparan HDR10+. Ia dijana dengan cip Dimensity 9400 yang dipadankan dengan memori 16GB RAM LPDDR5X + 16GB RAM maya, storan dalaman 512GB UFS 4.0 dan menjalankan Funtouch OS 15 berasaskan Android 15.



Vivo X200 menggunakan sensor 50MP + 50MP + 50MP yang dikuasakan oleh cip pengimejan vivo V3+. Sistem lensa adalah ZEISS T* jenis anti-reflektif dan untuk kamera swafoto pula sensor 32MP digunakan. vivo X200 turut kekal menawarkan pelbagai pilihan mod potret Zeiss dan kebolehan rakaman video profesional.


Bateri peranti adalah jenis BlueVort berkapasiti 5,800 mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar Flash Charge 90W tanpa sokongan pengecasan nirwayar. Peranti turut dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari jenis ultrasonik, perlindungan air dan debu IP68/IP69.

AI Generatif – Amplify Intelligence

vivo turut bekerjasama dengan Google untuk ciri AI generatif terbina seperti rumusan teks untuk perakam suara, menjana transkrip dan vivo Live Call Translation seakan Galaxy AI Call Assist.


Kemudian aplikasi Album boleh melakukan carian pintar dengan kata kunci lebih spefifik, terjemahan AI dan Circle to Search turut diberikan.



Kedua-dua vivo X200 dan X200 Pro turut direka untuk kelihatan lebih premium dan mewah, selain turut selesa di dalam tangan. Funtouch OS 15 untuk pasaran global turut kini lengkap dengan beberapa ciri AI generatif. Rekaan skrin sebenarnya adalah rata tetapi ada kemasan yang memberi ilusi ia sedikit melengkung untuk membezakan peranti mercu premium dan kelas lain.

Di Malaysia, vivo X200 Pro dijual pada harga RM4,699 untuk 16/512 GB dengan pilihan warna dan Midnight Black atau Titanium Grey. Untuk pembelian awal vivo Malaysia memberi hadiah bernilai RM1787 secara percuma yang termasuk dengan pengecas nirwayar 50W menegak Flash Charge, beg komputer riba vivo, jaminan skrin 1 tahun, jaminan tambahan 1 tahun, diskaun belian dengan belian sehingga 30% dan juga rebat tukar beli mencapai RM500.




Untuk vivo X200, hanya variasi 16/512 GB ditawarkan pada harga RM 3,599.Dua warna yang boleh dibeli adalah Midnight Black dan Aurora Green Hadiah percuma adalah lebih kurang sama dengan vivo X200 Pro, cuma pengecas nirwayar digantikan dengan vivo TWS 3e.

0/komen