
Perbuatan seorang wanita berlari ke tengah jalan secara tiba-tiba bagi menghalang kenderaan yang lalu-lalang menjadi tular di Indonesia.
Kejadian berlaku di jalan Jombang-Babat, wilayah Jawa Timur.
Berdasarkan rakaman video ini, wanita berbaju putih itu dilihat mundar-mandir di tengah jalan yang sibuk.
“Wanita di Jombang menghalang kenderaan lalu-lalang dan mengganggu pengguna jalan raya,” kata keterangan video ini.
Wanita tersebut dilihat menghalang pelbagai jenis kenderaan termasuk lori.
Namun, dia bernasib baik kerana pemandu memperlahankan kenderaan mereka serta ada yang berhenti.
Seorang lelaki kemudian dilihat menarik wanita itu ke tepi jalan sebelum seorang anggota polis tiba bagi membantunya.
“Penduduk berusaha untuk menenangkan wanita itu sehingga seorang anggota polis tiba untuk menahannya,” tambah hantaran sama.
Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan wanita itu setakat ini.
Catat Ulasan