
Xiaomi kini mempunyai dua pilihan baharu untuk gelang tangan pintar di Malaysia. Melaluinya Smart Band 9 Pro dan Smart Band 9 Active diperkenalkan dengan masing-masing dijual pada RM339 dan RM129.
Xiaomi Smart Band 9 Pro menggunakan skrin AMOLED 1.74-inci dengan kecerahan puncak 1200 nits. Ini dipadankan dengan sensor kesihatan dan kecergasan standard bagi tujuan pemantauan harian. Selain itu menyokong lebih 150 mod sukan dengan keupayaan GPS terbina bertujuan untuk mengesan jarak dengan mudah. Smart Band 9 Pro juga melepasi penarafan 5ATM dan boleh berfungsi sehingga 21 jam lamanya dengan sekali pengecasan.

Xiaomi Smart Band 9 Active pula mempunyai tubuh senipis 9.9mm di samping skrin berwarna sebesar 1.47-inci. Turut disertakan ialah ciri kesihatan dan kecergasan standard yang termasuk pemantauan kadar degupan jantung, SpO2 dan waktu tidur. Pelbagai aktiviti sukan seperti tarian, larian dan berjalan boleh dilakukan melalui mod sukan terbina. Selain turut melepasi penarafan kalis air 5ATM yang boleh dibawa berenang dengan kedalaman 50 meter.
Catat Ulasan