Akhirnya LG Menjual TV OLED Lutsinar Ini


Akhirnya LG menjual televisyen ini LG Signature OLED T pada harga  USD $60,000 (~RM269,340) sebuah.

TV pintar webOS ini mempunyai skrin 77″ OLED 4K 120HZ lutsinar dengan sokongan dwi-mod. Mo pertama sekali ialah mod tembus yang membolehkan objek di bahagian belakang dilihat tidak seperti TV konvensional. Mod kedua pula meletakkan skrin belakang berwarna hitam yang membolehkan Signature OLED T digunakan seperti TV biasa dengan kualiti visual yang lebih baik.


Menerusi sistem Zero Connect Box, TV ini hanya memerlukan satu sahaja kabel kuasa. Input kotak TV, dan konsol permainan video boleh dilakukan secara nirwayar dari jarak sehingga 10 meter. Sistem audio pula menyokong 11.1.2 saluran dengan Dolby Atmos 4. Sementara itu cip Alpha 11 AI pula meningkatkan kualiti visual dan menjadi pemproses kepada sistem pintar yang digunakan.

0/komen