
Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai selepas membakar motosikal milik seorang anggota polis.
Kejadian berlaku di Balai Polis Labuhanbatu, wilayah Sumatera Utara.
Wanita itu menuang petrol pada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan balai polis.
Dia kemudian menyalakan api dan segera beredar dari tempat kejadian.
Seorang pegawai tempatan, Kombes Yudhi Surya berkata, pemilik motosikal itu merupakan anggota polis bernama Aldian Janu Rambe, manakala suspek disyaki mengalami masalah mental.
“Jika suspek disahkan mengalami masalah mental, kami akan menjalankan hukuman berdasarkan pendekatan dan prosedur yang sesuai,” tambahnya.
Catat Ulasan