
MediaTek telah mengumumkan Dimensity 8400 iaitu cip premium yang menawarkan prestasi AI berkuasa dalam kelasnya. Penggunaan teras besar dengan kelapan-lapannya terdiri daripada CPU Arm Cortex-A725 pada kelajuan 3.25GHz antara tumpuan utama. Sekaligus mampu menghasilkan peningkatan prestasi sebanyak 41% dengan penggunaan kuasa 44% lebih rendah berbanding generasi sebelum Dimensity 8300.
Cip Dimensity 8400 juga dilengkapi dengan GPU Arm Mali-G720 yang menawarkan prestasi puncak 24% dan kecekapan kuasa 42% lebih tinggi. Selain turut menyokong MediaTek Frame Rate Converter (MFRC) yang mengoptimumkan prestasi permainan dan aplikasi dalam masa nyata. Turut menjadi tumpuan adalah MediaTek NPU 880 yang membolehkan Dimensity 8400 menyokong LLM/SLM/LMM supaya pengguna boleh memanfaatkan aplikasi Gen-AI terkini seperti terjemahan, Pemprosesan Bahasa Semula Jadi (NLP), balasan kontekstual, rakaman AI dan penjanaan media.

Ini dipertingkatkan lagi dengan Dimensity Agentic AI Engine (DAE) membolehkan ejen AI beroperasi melalui struktur hibrid yang menggabungkan kerjasama secara awanan. Lain-lain spesifikasi adalah skrin sehingga WQHD+ dengan kadar segar semula144 Hz, ISP Imagiq 1080 yang menyokong sensor 320 MP, memori LPDDR5X RAM, storan berasaskan UFS 4.0, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4.
Peranti terawal yang akan menggunakan Dimensity 8400 ialah Redmi Turbo 4 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Catat Ulasan