
Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana mencuci sejumlah wang kertas lama sebelum diseterika untuk kelihatan baru.
Wanita itu memasukkan wang kertas bernominasi 5,000 rupiah (RM2), 10,000 rupiah (RM3) dan 20,000 rupiah (RM6) ke dalam mesin basuh.
Dia turut meletakkan serbuk pencuci pakaian dan dibiarkan rendam selama sejam.
Selepas dicuci, wang tersebut dijemur di ampaian sebelum diseterika untuk kelihatan baru.
“Sebelum disetrika, jangan lupa alaskan kertas. Wang lama terus jadi baharu,” katanya.
Definisi sebenar cuci duit.
Catat Ulasan