Gigit Aiskrim Jumpa Ular

 
Seorang lelaki di Thailand mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila menemui seekor ular berbisa di dalam aiskrim yang dibelinya.

Kejadian berlaku di wilayah Ratchaburi.

Lelaki tidak didedahkan namanya itu berkata, dia menemui objek berwarna hitam tersembunyi di dalam aiskrimnya. 

“Aiskrim ini berperisa kacang hitam dan saya membelinya dari sebuah kedai. Ini situasi sebenar,” katanya.

Objek disangka kacang hitam itu adalah badan seekor ular berbisa. 

Sebilangan netizen berkata, ular itu daripada spesies Chrysopelea ornata. 

Resipi baharu, aiskrim berprotein tinggi!Ini sebenarnya bahan utama tetapi tiada orang  perasan kerana sisa ular dikisar halus.

 

0/komen