
Polis menyiasat kejadian pergaduhan yang tular melibatkan beberapa individu menaiki dua buah Perodua Myvi di daerah Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan video berkenaan pada pukul 2.40 petang, Selasa lalu.
“Hantaran tersebut memaparkan beberapa individu menaiki dua buah kereta keluar daripada kenderaan masing-masing."
“Berlaku pukul-memukul antara satu sama lain ” katanya menerusi kenyataan.
Menurut beliau, hasil semakan Pusat Media Kontinjen Selangor, terdapat laporan polis yang dibuat berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar menjaga tingkah laku dan tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang."
“Kami juga menyeru orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat dan sahih berkenaan kejadian tersebut,” ujarnya.
Catat Ulasan