
Infinix telah memperkenalkan satu lagi variasi peranti mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Infinix GT 20 Pro dengan memori 8GB RAM. Model baharu ini ditawarkan pada harga RM1149 – sedikit murah berbanding model 12GB RAM pada harga RM1299.
Penawaran lain dilihat adalah lebih kurang sama seperti penawaran model asal yang ditawarkan sejak Mei 2024 lepas.
Infinix GT 20 Pro hadir dengan skrin 6.78-inci menggunakan panel AMOLED FHD+ yang menawarkan kadar segar semula 144Hz, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8200 Ultimate, storan dalaman 256GB, dan juga bateri 5000mAh yang boleh dicas pantas menggunakan pengecas 45W. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera utama 108MP yang dipadankan bersama sensor 2MP (kedalaman) dan 2MP (makro) dibelakang, sementara kamera swafoto 32MP dihadapan.

Telefon pintar dengan fokus terhadap permua ini turut menawarkan sokongan kalis air IP54, pengimbas cap jari pada skrin, serta pembesar suara dikuasakan JBL. Infinix menjanjikan kemaskini utama selama 2 tahun, selain kemaskini sekuriti selama 3 tahun.
Catat Ulasan