Kanak-Kanak ‘Disedut’ Dalam Lubang Konkrit


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terselamat selepas ‘disedut’ ke dalam sebuah lubang konkrit ketika bermain air banjir di sebatang jalan di Brazil.

Ketika kejadian, dia sedang bermain bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh ke dalam lubang di Fortaleza selepas hujan lebat.

Pusaran air kemudian ‘menyedut’ kanak-kanak itu sekali gus mencetuskan panik daripada wanita dan lelaki lain yang berada dekat tempat kejadian.


Kanak-kanak itu kemudian ditemui masih hidup oleh penduduk tempatan dekat sebatang sungai pada jarak kira-kira 30 meter dari lubang tersebut.

Bapanya yang namanya tidak didedahkan berkata: “Anak perempuan saya baik-baik saja. Dia kuat dan sihat.”

Pihak bomba memberi amaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila berjalan dalam air banjir.
 

komen