Lokasi Jualan Murah Jadi Tempat ‘Wrestling’


Satu pertelingkahan ganas tercetus akibat sikap sekumpulan remaja yang berebut-rebut mahu membeli beg tangan berjenama edisi terhad buatan tempatan di luar sebuah pusat beli-belah utama di Bang Yai, Thailand.

Kekacauan remaja yang mahukan beg Merge di hadapan Central Westgate.



Ini boleh dielakkan jika beg itu dijual di internet.Sebahagian remaja yang beratur telah membayar ratusan baht untuk hadir dan menempah tempat untuk mereka yang benar-benar mahu membeli beg itu.

Sebilangan pengkritik bagaimanapun mempersoalkan tindak balas keselamatan gedung membeli-belah itu. 

Mereka mengetengahkan banyak aduan yang diterima berhubung jenama itu serta mengkritik kekurangan tindakan yang diambil untuk menangani isu permintaan tinggi.

Susulan insiden tersebut, jenama Merge yang membuat promosi beg berharga 2,490 baht (RM326)  tersebut mengumumkan penggantungan jualan untuk produk itu. 

komen